Tuesday 24 January 2017

PERANAN PELAJAR DALAM MEWUJUDKAN PERPADUAN MELALUI INTEGRASI BUDAYA




DUA6022
KOMUNIKASI & PENYIARAN DALAM ISLAM 

JELASKAN PERANAN PELAJAR DALAM MEWUJUDKAN PERPADUAN MELALUI INTEGRASI BUDAYA


NAMA PENSYARAH : PUAN DARMILA BINTI ALI

JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK
SESI DISEMBER 2016

NAMA
NO MATRIX
NIK ALIYA JIHAN BT MAT HUSSIN
12DEP14F1003
NUR MAISHAHRAH BT AHMAD SHAH
12DEP14F1019
SITI NAZIRAH BT MUKHTAR
12DEP14F1006
NURUL SYAMIMI BT ZAKARIA
12DEP14F1001


ISI KANDUNGAN   



OBJEKTIF


2

PENGENALAN


3

HURAIAN


4-6

KESIMPULAN


6

RUJUKAN


7










OBJEKTIF

ü  Mengeratkan hubungan silaturrahim walaupun berbeza kaum.

ü  Dapat memupuk dan menyemai perpaduan di negara ini.

ü  Menunjukkan teladan yang baik agar dapat mencontohi nilai-nilai murni yang baik.

ü  Berbudi bahasa dan menjaga pergaulan sesama bangsa.


PENGENALAN


Perpaduan dalam Islam bukan sekadar hubungan baik sesama Islam sahaja, malah merangkumi kepada kaum bukan islam jua. Sejarah di zaman Rasulullah S.A.W mencatatkan bahawa masyarakat yahudi dan kristian ketika itu hidup aman dan damai di Madinah Munawwarah, kerana hak mereka tidak dicerobohi oleh umat Islam. Kesan keadilan Islam inilah kelompok Islam yang awalnya minoriti menjadi majoriti apabila kaum bukan Islam beramai-ramai menganuti Islam kerana tertarik hati dengan kebaikan yang ditonjolkan oleh umat Islam yang terserlah melalui akhlak dan perlakuan terpuji penganut-penganutnya.

Bagi Malaysia, perpaduan menjadi keutamaan yang tinggi untuk membentuk sebuah negara yang aman dan harmoni yang mana dihuni oleh masyarakat pelbagai kaum,budaya serta agama. Kepentingan ini semakin terserlah apabila isu perkauman sering diperkatakan secara meluas oleh pelbagai lapisan masyarakat. Perpaduan sesama masyarakat Islam dinyatakan secara jelas di dalam Al-Quran surah Al-Imran ayat 103 yang bermaksud “Dan berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali Allah ( agama Islam ) dan janganlah kamu bercerai-berai”.

     Sebenarnya keutuhan perpaduan sesama masyarakat Islam tidak akan tercapai kecuali selepas terlaksana beberapa prinsip asas seperti tolong-menolong dalam menggalakkan kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Dalam kontek ini, pelajar juga berperanan mewujudkan perpaduan dalam kalangan mereka. Selain itu, boleh dimantapkan lagi dengan melalui aspek moral yang baik, berakhlak mulia seperti saling menyayangi dan bersikap toleransi. Apabila berlaku sesuatu perbalahan antara kaum, pihak bertanggungjawab terutamanya kerajaan mestilah mengambil langkah  yang sewajarnya agar bibit-bibit persengketaan dapat dibendung dengan segera.




PERANAN PELAJAR DALAM MEWUJUDKAN PERPADUAN MELALUI INTEGRASI BUDAYA


Dalam zaman pascakemerdekaan ini, isu perpaduan kaum merupakan satu usaha berterusan yang dipikul dan dijunjung bersama-sama oleh semua pihak. Sekiranya terlerai ikatan silaturahim dan musnah perpaduan dalam masyarakat, nescaya pelbagai impak negatif akan menimpa masyarakat khususnya dan negara amnya. Oleh sebab itu, peranan setiap rakyat Malaysia diperlukan dalam memupuk dan menyemai semangat perpaduan di negara ini. Peranan ini tidak hanya diperuntukkan untuk orang dewasa sahaja tetapi untuk para pelajar juga agar mereka lebih menghayati dan seterusnya sentiasa mengamalkan sikap semangat perpaduan ini. Persoalannya, apakah peranan pelajar dalam mewujudkan perpaduan melalui integrasi budaya?

Antara peranan pelajar dalam mewujudkan perpaduan melalui integrasi budaya ialah sikap saling menghormati antara satu sama lain. Sikap seperti ini adalah sikap yang murni dan sentiasa digalakan dalam setiap agama. Sekiranya pelajar menunjukkan sikap yang tidak baik terhadap pelajar lain, maka rasa hormat dan semangat bersatu padu itu tidak akan wujud dalam diri setiap pelajar. Sebagai contoh, menghormati rakan-rakan yang berbeza agama dan budaya supaya setiap pelajar dapat saling bersama- sama dalam melakukan pelbagai perkara seterusnya mendapat suasana belajar yang aman dan damai. Bak kata pepatah, sepakat membawa berkat.


Para pelajar juga hendaklah menghindarkan diri dari bersangka buruk dan hasad dengki terhadap pelajar lain. Akhlak  ini akan membawa kepada perpecahan dan akan menyebabkan kelemahan kepada ummah. Selain itu, pelajar perlu melibatkan diri dalam sesuatu aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah yang melibatkan pelajar pelbagai kaum. Dengan ini, mereka akan bekerja, membantu dan tolong- menolong di antara satu sama lain untuk memupuk semangat kerjasama dan saling mempercayai di antara satu sama lain.


Selain itu, sikap perkauman dan keagamaan perlu dielakkan dalam diri setiap orang pelajar. Usaha membentuk satu bangsa Malaysia amat mencabar kerana selepas kemerdekaan,masalah perkauman tetap merupakan satu isu yang serius dan perlu diambil perhatian. Malaysia yang terdiri daripada penduduk berbilang kaum pernah menghadapi masalah dan konflik kaum, Khasnya peristiwa 13Mei 1969.

    Sambutan hari perayaan, seperti hari raya, tahun baru cina dan deepavali di sambut di peringkat sekolah juga salah satu langkah yang berkesan bagi mengeratkan hubungan antara kaum. Sebagai contoh, pada sambutan hari raya kesemua yang hadir memakai pakaian tradisional melayu. Secara tidak langsung wujudnya semangat perpaduan dan tiada lagi sifat perkauman.Bukan itu sahaja, kaedah pembelajaran secara berkumpulan yang terdiri daripada kaum yang berbeza dapat mengeratkan lagi hubungan dan ia secara tidak langsung akan wujudnya masyarakat yang penyayang di sekolah  dan akan melahirkan perpaduan serta kesatuan yang kuat dalam kalangan pelajar.





KESIMPULAN

Tuntasnya, pelajar juga berperanan penting dalam mewujudkan perpaduan melalui integriti budaya agar semangat tersebut diamalkan dalam masyarakat serta merealisasikan hasrat kerajaan untuk menjadikan rakyat Malaysia hidup bersatu padu dan harmoni. Remaja merupakan tonggak negara dimana mereka perlu cakna akan peranan memupuk perpaduan tanpa mengira kepelbagaian etnik dan kebudayaan supaya hasrat untuk membentuk sebuah negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang tercapai. Selain itu, iltizam dan kesungguhan remaja dan pelajar dalam memupuk semangat perpaduan amat dituntut demi mewujudkan negara yang bersatu padu dan berdaya saing di peringkat global. Justeru itu, semua pihak perlu menanam sifat keikhlasan dalam diri masing-masing agar perpaduan tidak bersulamkan niat meretakkan. Jangan tangan kanan menghulur madu, tangan kiri menghulur racun.



CADANGAN
1.      Mengadakan kurikulum yang seragam untuk semua sekolah.
2.      Program anak angkat merupakan satu rancangan pertukaran pelajar untuk sesuatu aktiviti demi kebaikan pelajar. Selalunya ia berfokuskan kepada pembinaan perhubungan yang tidak mengira agama, bangsa dan negara atau dengan kata lain menuju perpaduan.
3.      Memperbanyakkan aktiviti secara berkumpulan semasa di sekolah tanpa mengira kaum.
RUJUKAN